Islamic Widget

Islamic Widget

Wednesday, October 12, 2011

my heart.. its really hurt..

Bila saya terasa dgn sesiapa sahaja untuk saat ini saya telah merasakan mungkin saya yang salah..tapi ada ketika saya tak tahu apa salah saya...

Konflik diri lagi...

kenapa begitu sukar melupakan..aku pernah membaca tentang nikmatnya lupa kerana kalau mengingati segala perkara boleh mencetuskan tekanan kerana tidak semua perkara itu penting untuk diingati...

kenapa hati ini sukar sekali menjadi seperi sedia ada... kenapa setelah berasa tiada hati pada seseorang sukar sekali untuk hati itu kembali??

kenapa begitu banyak sekali persoalan tentang diri.....

kenapa aku memilih untuk menyendiri dan membawa diri dalam sedar bahawa itu bukanlah pilihan yang terbaik .. sedang aku sering mengungkapkan "jangan menghancurkan diri kerana orang lain".. adakah kini aku sedang menghancurkan diri? mungkin ya dan mungkin juga tidak. menghancurkan diri dengan mengasingkan diri sedangkan punca masalah sebenarnya adalah perasaan terasing mungkin tindakan yg lebih baik adalah dengan berusaha bercampur dengan orang-orang lain tapi harus bagaimana aku sudah tiada hati untuk itu?.. tegar sungguh hati ini berkeras sedang jiwa ini sendiri terseksa...

Menangis Lagi??
kenapa menangis duhai diri sedang kau sendiri tidak berusaha untuk menghentikan tangisan itu...masalah yg tidak diselesaikan tidak akan selesai.. sejak bila kau pndai berharap untuk difahami...


sudah2 le 2.. huhu.. :)

Cikgu...saya juga murid cikgu.. :(

ustaz..ustazah..cikgu.. saya juga anak murid kalian..

ingatlah nama saya macam cikgu ingat nama murid-murid cikgu yg lain..
saya tahu saya ni kurang menyerlah dalam kelas tapi ingat la saya.
saya tahu saya bukan murid kesayangan cikgu, tp sy tetap murid cikgu,
layan la saya seperi murid cikgu...

saya takut menjadi guru kerana....
saya risau sy tidak adil kepada murid saya,
saya khuatir murid sy tidak minat dengan pelajaran kerana saya,
saya bimbang jiwa murid bermasalah berpunca daripada saya...dll

~Ya Allah, sekiranya profesion ini yang terbaik buatku, maka bantulah aku agar aku menjadi guru yang baik, Ya Allah. Kuatkan aku menerima ketetapan ini..semoga aku mendapat menfaat dan memberi manfaat kepada insan-insan lain....

Thursday, October 6, 2011

Cikgu..Ustaz, Ustazah.. Saya ingat pada kalian.

Buat guru-guruku..muridmu ini sering kali ingat pada kalian..

walau saya biasa2 sahaja, jarang sekali menzahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga ini tapi dalam diam saya kagum pada kalian yg mencurah ilmu padaku..

Saya sangat kagum dengan kesungguhan dan komitmen cikgu2, ustaz2, ustazah... jelas sekali keihlasan ini terpamer...

walau diri ini rasa tidak menjadi tumpuan dan tidak diperhatikan tapi saya tidak pernah rasa dipandang rendah pada mata kalian..

Terima Kasih buat kalian kerana menghargai diriku muridmu, ..
Terima Kasih kerana tidak pernah memandang rendah padaku..
Terima Kasih kerana kalian membuatkan aku menyayangi diri kalian...

Sesungguhnya mengingati kalian, membahagiakan daku...

-buat guru-guru tadika, sekolah rendah dan sekolah2 menengah ku..-
walau diri tidak diingati aku kan tetap mengingati...