Islamic Widget

Islamic Widget

Saturday, October 20, 2012

-Kalau Tahu Tidak Baik, Kenapa Pilih & Buat?-

Assalamualaikum buat diri sendiri..
sekadar ingin bertanya..kenapa awak terlalu lemah untuk bertegas dengan diri? jangan terlalu ikutkan hati.. kalau dah ada pilihan yang lebih baik, kenapa masih mendorongkan diri sendiri untuk tegar memilih untuk bertindak mengikut keputusan yang salah? sebanyak mana sekali pun "kenapa?", jawapannya lebih kurang sama, terlalu ikutkan hati sampai sanggup mencari masalah yang mungkin menghancurkan diri.

Tak ke mana pun diri kamu kalau ikutkan hati, konon-kononnya sanggup hadapi risiko sedangkan tak dapat apa2 pun..  Ko tak percayakan pada diri sendiri ke? lemah sangat sampai rasa tak boleh saja.. "please la diri sendiri..sejak bila lemah sgt ni, sgt ntah apa2".. dlu ckp kalau nak, boleh je..mslhnya sekarang adalah ko xnak..

TOLONG LAH hatiku, diriku, kuat la untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain..jiwa, kental lah..  dush dush... Mungkin kau jauh jauh jauh...kembali la pd pencipta...Arghhh...lau dh tau salah, tolong la jangan buat..tolong la..tolong la...

Masa tidak mungkin berulang tp kau hidup pada masa dan saat ini yang menentukan esok dan akan datang.  kau mungkin tak berupaya ubah perkara lalu tp kau masih berpeluang untuk hidup dengan lebih baik pada masa depan.

Astaghfirullah.. Bersihkan hatiku Ya Allah.. dorongkan hatiku ke arah kebaikan, jauhi aku dr mengikut bisikan nafsu dan syaitan..

Monday, September 3, 2012

GURU - - GURU - - GURU



Wahai guru,
Kalian sangat membahagiakan daku

Terima Kasih atas setiap kata-kata yg diucapkan oleh kalian..
-setiap ilmu yg disampaikan sebagai panduan
-setiap perkongsian yg pastinya tersirat pedoman

Terima kasih atas setiap penghargaan daripada kalian
-walau sekadar pujian ringkas (bagus, pandai-pandai, pandai le 2)
-terima kasih


Terima Kasih atas keprihatinan kalian
-andai riak wajah ini tidak menceriakan, dgn 1 sapaan “kenapa”?
-ada apa2 aduan?
-boleh faham tak?

Terima Kasih atas setiap pengorbanan
-melayan setiap persoalan
- meluang masa walau ia 1 tggjwb namun tidak semua org bertggjwb seperti kalian

Terima Kasih atas sokongan dan motivasi
- walau mgkin hanya kata2 biasa tapi daripada insan luar biasa seperti kalian ia lebih bermakna

Namun…
Aku gusar andai aku tidak mampu menjadi guru yg dikagumi seperti kalian
Bimbang andai diri tidak didekati tetapi dijauhi
Risau sekali andai diri ini menjadi seperti guru
Membuat aku sendiri jauh hati ……
L


Monday, July 30, 2012

~~Dalam gembira, pilih untuk bersedih atau dalam sedih pilih untuk Gembira?~~

Apabila tiba saat duka, kita rasa sedih dan apabila tiba saat suka, kita rasa gembira maka itu NORMAL..:)
 oh, saya sangat sedih.. buat kali pertama rasa sedih dengan keputusan peperiksaan. bila sedih & rasa bermasalah baru teringat nak tulis pos baru di blog, itu kebiasaan. kebiasaan bg diri.. kalau x begitu, rasa nak tulis tu ada tapi xtulis2 pun.. Gambar-gambar di atas bermakna.. SEDIH sebenarnya tapi perlu gembirakan diri.. erm.. mungkin tak perlu gembira sangat tapi harus terima dengan terbuka..
POSITIF.. itu perkataannya... belajar menerima..sentiasa ingatkan diri untuk berpegang setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Pasti ada.. Teruskan berjuang ok..

Thursday, July 12, 2012

Biarkan Entri ini Berunsur Emosional

SEDIH SEKALI.. SANGAT SEDIH.. Tekanan.. Kemurungan.. dan segalanya seumpamanya.. hanya kerana satu sebab iaitu keputusan peperiksaan di luar jangkaan, bkn positif tetapi sangat negatif... aku telah berusaha sehabis baik, itu yang aku rasakan tetapi, aku GAGAL.. kalau memang aku layak untuk mendapat keputusan yang baik, aku MUNGKIN aku redha, tapi pada saat ini aku sedang menyalahkan orang lain... MANUSIA.. maaf kerana kelemahan aku untuk memuaskan hati semua manusia.. aku dan kalian pasti berbeza..dalam keadaan tertentu pemikiran kita mungkin tidak sama.. tolong jangan salah sangka dengan aku dan aku tidak mahu salah sangka dengan kamu. Aku mahu selesaikan masalah ini kerana ia mengganggu hidup ini..mengganggu komitmen dan segalanya terjejas.. Biarkan aku luahkan segalanya di sini walaupun mungkin ianya menjengkelkan.. ha ha.. melakukan sesuatu yg dirasakan tidak betul itu memg tidak patut, tetapi itu yang aku lakukan. Ya Allah.. Bantu aku agar tidak silap menafsir hikmah.. Bimbing aku agar redha.. Jadikan aku insan berlapang dada.. Jauhkan aku daripada wujud rasa benci yg aku benci.. tenangkan aku, Ya Allah.. Lembutkan hati aku dan orang lain.. Permudahkan aku Ya Allah..Andai ujian ini untuk mendekatkan aku dengan-Mu, dekatkan hatiku padamu.. seandainya profesion ini bkn yg terbaik buatku, tnjukkan jalan, Ya Allah...

Sunday, June 24, 2012

MANUSIA & EGO, MANUSIA & …MANUSIA…

-kita hidup dengan manusia bernyawa, itu hakikatnya, maka sudah tentu pelbagai ragamnya. Sepatutnya hal ini sangat perlu disedari kerana diri kita sendiri juga banyak ragamnya yang kadang-kadang kita sendiri tak dapat nak fahami. -Ego?? Tanya pada diri, egokah aku? Oh, manusia memang gemar bercakap tentang dirinya.. aku begini, aku begitu, aku tidak suka ini, aku tidak suka itu, aku tidak biasa begini, aku tidak biasa begitu..kenapa agaknya? Minta difahamikah? Agar orang lain mengetahui..mungkin?..atau mungkin juga kerana ego... kita melakukan sesuatu dan tidak suka apabila ada yang menegur, maka penceritaan tentang diri itu mampu membela diri.. HAHAHA (:D) ..aku memang dh biasa mcm nie.. hu..ok ..fine.. :) ................................................................................. “mana boleh camtu, jatuhlah ego aku..” xboleh xpela..xpyh la buat..penting sgt kan ego tu? Huhu… memang penting jaga diri dari menjadi fitnah tp kalau sampai jd hipokrit mcm mna pula? Itu yg sering dipersoalkan.. Fikir2 lah sendiri untuk diri sendiri, kalau rs hipokrit tp ada org yg tahu kebenarannya, jaga2.. Anda mungkin sedang menghancurkan diri sendiri… lidah itu berbisa..kdg tnpa sengaja terlanjur kata “sebenarnya dia bkn baik sgt., dia mcm tu mcm nie.” Kan lebih baik kalau memg baik, bkn atas dasar hipokrit.. hehe.. """""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""" Ini soal lain pula, kalau kita baik sekali pun, jgn pndg rendah pada org lain. Kalau kita berada pada situasi yg sama seperti seseorang itu, belum tentu kita lebih baik dr seseorang tersebut.. perlu untuk berjaga2 apabila menegur, atau apabila terpandang rendah pada orang lain…ingatlah kita masih belum pernah berada di tempat dia.. kalau kita di tempat dia, entah2 mgkin kita lebih dahsyat lg? Na’uzubillah..maka apabila kita menegur, msti wajibkan atas diri akan keikhlasan, bkn kerana memndg buruk pd org itu, bkn kerana berasa diri ini baik daripada org lain, tp atas dasar kasih sayang, ingin sama-sama jadi baik, insya-Allah.. (peringatan buat diri).. baik juga kalau tidak segan menyebut dgn telus ucapan maaf terlebih dahulu… -------------------------------------------............................ BELAJAR DARIPADA KEHIDUPAN..JGN PERNAH JEMU BELAJAR… Semoga semua dirahmati Allah dan hidup dalam kerberkatan

Sunday, April 29, 2012

ALHAMDULILLAH..Syukur..

Alhamdulillah.. syukur sekali.. Allah kabulkan doa..aku mohon pada Allah agar andai benar ini yang terbaik. maka datangkanlah jiwaku..aku mohon agar aku terus redha dan sentiasa berasa setiap ketentuan adalah yg terbaik buatku.. Aku pinta ibu bapa, adik-beradik dan teman-teman agar turut mendoakan aku..Terima Kasih semua.. mungkin orang lain lebih utamakan doa untuk urusan lain, tapi sungguh doaku yg utama msih bkn lg tentang jodoh, tp profesion ini, pilihan kerjaya ini, yg aku tahu bkn mudah.. Walau tahu ganjarannya, pahalanya namun aku juga tahu amanahnya yg sgt berat dan balasan andai amanah tidak ditunaikan... Sungguh aku takut andai aku rebah di medan ini maka hancur generasi yg patut dididik menjadi insan berbakti terutama pada agama.. ALHAMDULILLAH..ucapan syukur tidak terhingga.. Ya Allah, aku pohon agar rasa cinta dan keghairahan untuk mendidik ini terus terpasak dalam hatiku...Andai aku letih, bantu aku ya Allah , agar tenaga kuhadir dalam semangat juang yg tinggi.. Jadikan aku hamba yg sentiasa bergantung pd-Mu ya Allah..

Monday, April 9, 2012

-Jangan Berputus Asa- Berusaha..


kalau satu cara tidak berjaya, terus berusaha dengan cara berbeza.. :)

Saturday, February 25, 2012

..Bimbing aku..jangan tinggal aku...



Bimbinglah aku yg memerlukan bimbingan.. ingat aku, ajak aku, jangan tinggal aku.. aku jua perlukan bimbingan...

Saturday, February 18, 2012

Belajarlah untuk Bahagia...

jangan terlalu ikutkan rasa hati
belajarlah paksa diri..

Ramai orang yang lebih bermasalah tetapi mereka masih tenang menghadapinya
Kenapa berasa sangat lemah ... tak bersyukurkah?

Apa maknanya sedih tak sudah tapi tiada sebarang tindakan diambil?

Masih tidak tahukah? Kesukaran bukan untuk ditangisi, ia ujian buat diri..

Kalau semua baik-baik sahaja, baikkah begitu? rasa selesa sahaja, mungkin dengan tidak selesa lebih banyak yg dapat diperoleh....

Aku harapkan ketenangan.. Ya Allah, tolong bantu aku...

Thursday, February 9, 2012

..YANG SEBENARNYA...

Sebenarnya aku tahu pasti ada hikmahnya
tp disebaliknya yg sebenarnya jiwa seakan tidak dapat terima ketentuan ini

Sebenarnya aku sengaja menzahirkan keresahan
tp hakikatnya aku seperti biasa bagai dapat melalui dengan baik

Sebenarnya aku rasa bagai dapat melaluinya
tp berasa seperti keyakinan itu tiada..

Sebenarnya aku bagai tidak dapat mengenali diri
dan sememangnya inilah hakikat sebenarnya....

Aku tidak tahu apa-apa tentang dan bagaimana diri ini........

aku tidak upaya menyatakan aku begini, aku begitu, hanya mampu berkata, aku pun tidak tahu aku begini atau begitu...