Islamic Widget
Islamic Widget
Saturday, August 24, 2013
Aku Seorang Guru
Mampu atau tidak mampu, aku mesti berusaha untuk melaksanakan amanah sebagai seorang guru dengan sebaik mungkin.. Kalau tidak berjaya melaksanakan pengajaran berkesan, jangan pernah mengalah. Teruslah berusaha. berdoalah untuk anak-anak didik. Moga mereka menjadi hamba Allah yg soleh.. Amanah ini ujian bagiku.. Penempatan pertama sebagai seorang guru : SK Pulau Sanghai, Sandakan, Sabah.
Saturday, March 16, 2013
Hikmah Luqman Mengenai Kemusykilan Pada Godaan Hati
Luqman
berkata kepada puteranya, “Puteraku, sekiranya sesuatu menimpamu sama ada kamu
suka atau pun tidak, maka buanglah jauh-jauh godaan dalam hatimu kerana apa
yang tidak menimpamu pada masa itu adalah lebih baik. Mendengar kata-kata itu puteranya berkata,
“Ayahku, aku tidak akan mengendahkan apa yang ayah sampaikan kepada aku
sehinggalah aku memahami daripada maksud hikmah itu.” Luqman berkata, “Sekiranya kamu inginkan
penjelasan apa yang aku katakan kepadamu, marilah kita berjumpa Nabi Muhammad
dan memintanya untuk menafsirkannya.”
Lalu keduanya pun pergi dengan menunggang unta. Selepas menyiapkan segala keperluan air dan
bekalan di sepanjang perjalanan mereka melintasi padang pasir yang panas dan luas. Mereka berasa penat selepas jauh perjalanan
kerana air dan bekalan mereka sudah habis.
Kemudian mereka pun turun dari unta.
Selepas berhenti seketika, mereka pun meneruskan
perjalanan dengan berkaki ayam dan tidak lama selepas itu Luqman melihat suatu
kepulan asap hitam di hadapannya. Beliau
yakin dalam hatinya benda yang hitam itu adalah pepohon dan kepulan asap itu
berasal dari mukim yang ada di sana.
Beliau yakin tempat itu dihuni oleh manusia. Mereka pun menerus perjalanan walaupun mereka
sudah keletihan.
Apabila keduanya berjalan tiba-tiba puteranya Luqman
terpijak serawan tulang. Tulang itu
menusuk ke dalam kakinya sehingga tembus menyebabkan putera Luqman jatuh
pengsan. Luqman pun berfikir bagaimana
cara untuk mengeluarkan tulang itu dari kaki puteranya. Tiba-tiba beliau mendapat petunjuk untuk
mengeluarkan tulang itu dengan menggunakan giginya. Selepas itu, beliau pun membalut kaki
puteranya dengan potongan kain daripada serbannya. Hati Luqman merintih kerana kesakitan yang
menimpa puteranya menyebabkan Luqman menangis dengan air mata yang mengalir
laju sehingga air mata itu menitis di wajah puteranya. Akibatnya, putera Luqman tersedar daripada
pengsan.
Kemudian, putera Luqman mengangkat kepala dan memandang
ayahnya lalu berkata, “Ayahku, aku masih memikirkan apa yang sudah ayah katakan
padaku. Sekarang, di mana kebaikan yang
menimpa kita ini? Air dan makanan sudah
habis. Kita kebuntuan di padang pasir
dan ayah juga tidak tahu apa yang akan ayah lakukan. Ayah pasti tidak sanggup pergi meninggalkanku
bersendirian di tempat yang jauh ini.
Sekiranya ayah pergi, ayah pasti terasa beban di hati yang tidak pernah
hilang. Sekiranya ayah tetap di sini,
maka kematian akan menjemput kita berdua.
Lalu, di manakah kebaikan yang akan kita peroleh?”
Kemudian Luqman berkata, “Puteraku, apa yang aku akatakan
kepadamu adalah benar. Apakah kamu tidak
mengetahui ada bencana yang jauh lebih besar dan Allah yang melindungi kita
daripadanya. Bencana itu jauh lebih
berat daripada perkara yang kita alami sekarang.”
Di saat keduanya sedang berdebat, Luqman mengarahkan
pandangannya jauh ke depan dan dia tidak melihat lagi kepulan asap dan benda
yang hitam tadi. Beliau pun tertanya-tanya dalam hatinya, “Ke mana
benda yang hitam dan kepulan asap yang aku lihat tadi?”
Tidak
lama kemudian, datang seseorang dengan mengunggangi kuda dari arah depan dan
berteriak memanggilnya lalu berkata, “Apakah kamu yang bernama Luqman?” Luqman menjawab, “Ya.” Kemudian orang itu bertanya, “Apakah kamu
seorang yang bijak?” Luqman menjawab,
“Begitulah orang-orang menyebutku.”
Orang itu berkata lagi, “Anak ini tidak mengetahui apa yang
dikatakannya. Seandainya kamu berdua
tidak mengalami kesusahan dan bencana ini, pasti pada saat ini kamu akan
terkubur dalam bumi seperti apa yang menimpa orang-orang sebelum kamu.” Pada masa itulah Luqman berkata kepada
puteranya, “Puteraku, sudahkah kamu mengetahui kebenaran apa yang aku
katakankepadamu apa yang menimpa seorang hamba, baik yang disukai mahupun
dibenci, mengandungi kebaikan baginya.”
Keduanya bangkit dan pulang.
Monday, January 21, 2013
Belajar Daripada Pengalaman Hidup
Ada satu perkara
yang aku harap aku dapat lupa. Bagaimana
aku rasa sangat-sangat tertekan disebabkan seseorang yang bergelar
(guru?). Bukan seseorang tetapi beberapa
orang. Kenapa mesti yg kurang baik lebih
diiingati? Mujurlah ada yg lebih baik yang mengubati. J
Dalam hidup, ada manis, ada pahitnya.. kata
orang, ada hikmahnya kalau kita lupa sesetengah perkara, tapi sudah pasti
jugalah ada hikmahnya kalau kita tidak dapat melupakan sesetengah perkara. Berkeyakinanlah bahawa setiap yg berlaku
pasti ada hikmahnya, sentiasa bersangka baik pada Allah.. Allah yg mencipta
kita pasti tahu apa yg terbaik buat kita.
Apa yg baik jadikan teladan, yg tidak baik jadikan sempadan, yg baik
kita teruskan, yg tidak baik kita dihentikan…
Kita belajar daripada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)