Islamic Widget

Islamic Widget

Monday, January 21, 2013

Belajar Daripada Pengalaman Hidup


Ada satu perkara yang aku harap aku dapat lupa.  Bagaimana aku rasa sangat-sangat tertekan disebabkan seseorang yang bergelar (guru?).  Bukan seseorang tetapi beberapa orang.  Kenapa mesti yg kurang baik lebih diiingati? Mujurlah ada yg lebih baik yang mengubati. J  
Dalam hidup, ada manis, ada pahitnya.. kata orang, ada hikmahnya kalau kita lupa sesetengah perkara, tapi sudah pasti jugalah ada hikmahnya kalau kita tidak dapat melupakan sesetengah perkara.  Berkeyakinanlah bahawa setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya, sentiasa bersangka baik pada Allah.. Allah yg mencipta kita pasti tahu apa yg terbaik buat kita.  Apa yg baik jadikan teladan, yg tidak baik jadikan sempadan, yg baik kita teruskan, yg tidak baik kita dihentikan…  Kita belajar daripada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.  

Apabila kita melalui sesuatu perkara, kita renung-renungkan, menilai diri, andai salah kita betulkan, yg lemah kita perbaiki agar kita menjadi lebih baik dari hari ke hari.  Andai kita dilayani dengan kurang baik, maka itu iktibar agar kita melayani orang lain dengan baik.  Biarlah kita menjadi mangsa jgn biarkan diri kita menjadikan orang lain sebagai mangsa.  Jangan pernah menyalahkan orang lain kerana kita tidak tahu sama ada dia buat dalam keadaan berilmu atau dia sendiri tidak tahu.  Jangan pernah membenci kerana mungkin kita belum cukup saling mengenali.. 
  
Semoga kita dapat terus menjalani kehidupan dengan penuh berlapang dada… Insya-Allah.. 

No comments:

Post a Comment