Islamic Widget

Islamic Widget

Tuesday, December 27, 2011

..berbezanya kemanisan dlm amalan....

Aku pernah mendengar ceramah, jika tidak salah sewaktu masih di sekolah rendah... kuatnya ingatan pada zaman kanak-kanak, bak kata orang, alam kanak-kanak memang kuat ingatan kerana tak banyak dosa. ceritanya ringkas tapi penuh bermakna buat diri ini..

Seorang bapa baru pulang ke rumah dari kerja... :
- terus dihidangkan dengan segelas air oleh anaknya kerana anaknya memahami keletihan ayahnya
dalam mencari rezeki dan sebagai tanda terima kasih.
- anak menghidangkan segelas air setelah ayahnya menjanjikan akan memberikan ganjaran tertentu.
anak menghidangkan air kerana mengharapkan balasan.
- anak menghidangkan air setelah ayahnya mengugut untuk tidak memberikan wang perbelanjaan
sekolah. Anaknya menghidangkan air kerana takut dengan ugutan ayah..

Dalam beramal, adakah kita beramal kerana bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan Allah pada kita, atau sebenarnya kita mengharapkan ganjaran Allah serta syurga atau mungkin juga kita beramal kerana didorong rasa takut pada balasan dosa dan neraka? Apa pun, rasanya lebih manis amal kita atas dasar kehambaan dan penuh rasa kesyukuran kerana sekalipun kita berbuat banyak doasa, kita masih dikurniakan pemberian dan kurniaan daripada Allah.

*Sesungguhnya malulah aku sebagai hamba yg masih melakukan dosa dan maksiat sedangkan aku berpijak di bumi ciptaan-Nya dan aku sentiasa rasa disayangi-Nya. Sungguh aku tidak bersyukur.. Astaghfirullah..ampuni aku Ya Allah...