Islamic Widget

Islamic Widget

Tuesday, December 27, 2011

..berbezanya kemanisan dlm amalan....

Aku pernah mendengar ceramah, jika tidak salah sewaktu masih di sekolah rendah... kuatnya ingatan pada zaman kanak-kanak, bak kata orang, alam kanak-kanak memang kuat ingatan kerana tak banyak dosa. ceritanya ringkas tapi penuh bermakna buat diri ini..

Seorang bapa baru pulang ke rumah dari kerja... :
- terus dihidangkan dengan segelas air oleh anaknya kerana anaknya memahami keletihan ayahnya
dalam mencari rezeki dan sebagai tanda terima kasih.
- anak menghidangkan segelas air setelah ayahnya menjanjikan akan memberikan ganjaran tertentu.
anak menghidangkan air kerana mengharapkan balasan.
- anak menghidangkan air setelah ayahnya mengugut untuk tidak memberikan wang perbelanjaan
sekolah. Anaknya menghidangkan air kerana takut dengan ugutan ayah..

Dalam beramal, adakah kita beramal kerana bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan Allah pada kita, atau sebenarnya kita mengharapkan ganjaran Allah serta syurga atau mungkin juga kita beramal kerana didorong rasa takut pada balasan dosa dan neraka? Apa pun, rasanya lebih manis amal kita atas dasar kehambaan dan penuh rasa kesyukuran kerana sekalipun kita berbuat banyak doasa, kita masih dikurniakan pemberian dan kurniaan daripada Allah.

*Sesungguhnya malulah aku sebagai hamba yg masih melakukan dosa dan maksiat sedangkan aku berpijak di bumi ciptaan-Nya dan aku sentiasa rasa disayangi-Nya. Sungguh aku tidak bersyukur.. Astaghfirullah..ampuni aku Ya Allah...

Wednesday, October 12, 2011

my heart.. its really hurt..

Bila saya terasa dgn sesiapa sahaja untuk saat ini saya telah merasakan mungkin saya yang salah..tapi ada ketika saya tak tahu apa salah saya...

Konflik diri lagi...

kenapa begitu sukar melupakan..aku pernah membaca tentang nikmatnya lupa kerana kalau mengingati segala perkara boleh mencetuskan tekanan kerana tidak semua perkara itu penting untuk diingati...

kenapa hati ini sukar sekali menjadi seperi sedia ada... kenapa setelah berasa tiada hati pada seseorang sukar sekali untuk hati itu kembali??

kenapa begitu banyak sekali persoalan tentang diri.....

kenapa aku memilih untuk menyendiri dan membawa diri dalam sedar bahawa itu bukanlah pilihan yang terbaik .. sedang aku sering mengungkapkan "jangan menghancurkan diri kerana orang lain".. adakah kini aku sedang menghancurkan diri? mungkin ya dan mungkin juga tidak. menghancurkan diri dengan mengasingkan diri sedangkan punca masalah sebenarnya adalah perasaan terasing mungkin tindakan yg lebih baik adalah dengan berusaha bercampur dengan orang-orang lain tapi harus bagaimana aku sudah tiada hati untuk itu?.. tegar sungguh hati ini berkeras sedang jiwa ini sendiri terseksa...

Menangis Lagi??
kenapa menangis duhai diri sedang kau sendiri tidak berusaha untuk menghentikan tangisan itu...masalah yg tidak diselesaikan tidak akan selesai.. sejak bila kau pndai berharap untuk difahami...


sudah2 le 2.. huhu.. :)

Cikgu...saya juga murid cikgu.. :(

ustaz..ustazah..cikgu.. saya juga anak murid kalian..

ingatlah nama saya macam cikgu ingat nama murid-murid cikgu yg lain..
saya tahu saya ni kurang menyerlah dalam kelas tapi ingat la saya.
saya tahu saya bukan murid kesayangan cikgu, tp sy tetap murid cikgu,
layan la saya seperi murid cikgu...

saya takut menjadi guru kerana....
saya risau sy tidak adil kepada murid saya,
saya khuatir murid sy tidak minat dengan pelajaran kerana saya,
saya bimbang jiwa murid bermasalah berpunca daripada saya...dll

~Ya Allah, sekiranya profesion ini yang terbaik buatku, maka bantulah aku agar aku menjadi guru yang baik, Ya Allah. Kuatkan aku menerima ketetapan ini..semoga aku mendapat menfaat dan memberi manfaat kepada insan-insan lain....

Thursday, October 6, 2011

Cikgu..Ustaz, Ustazah.. Saya ingat pada kalian.

Buat guru-guruku..muridmu ini sering kali ingat pada kalian..

walau saya biasa2 sahaja, jarang sekali menzahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga ini tapi dalam diam saya kagum pada kalian yg mencurah ilmu padaku..

Saya sangat kagum dengan kesungguhan dan komitmen cikgu2, ustaz2, ustazah... jelas sekali keihlasan ini terpamer...

walau diri ini rasa tidak menjadi tumpuan dan tidak diperhatikan tapi saya tidak pernah rasa dipandang rendah pada mata kalian..

Terima Kasih buat kalian kerana menghargai diriku muridmu, ..
Terima Kasih kerana tidak pernah memandang rendah padaku..
Terima Kasih kerana kalian membuatkan aku menyayangi diri kalian...

Sesungguhnya mengingati kalian, membahagiakan daku...

-buat guru-guru tadika, sekolah rendah dan sekolah2 menengah ku..-
walau diri tidak diingati aku kan tetap mengingati...

Wednesday, August 24, 2011

gambar lagi..pemandangan




Ceria-ceria selalu.. =)

WAHAI DIRIKU...
Ceria-ceria Selalu...
hehe..sudah lama tidak mencoret di sini..
Lazimnya entri yang serius tetapi tetiba rasa nak main-main..

kadang-kadang lain,
kadang-kadang lain..
itulah saya..........
huhu..


Monday, June 27, 2011

-saya sangat sayang emak dan ayah saya-

Terlalu banyak kisah untuk kucoretkan andai ia tentang kasih sayang yg dicurahkan oleh kedua ibu bapa serta seluruh ahli keluarga.. Aku sentiasa bahagia apabila mengingati tentang segalanya berkaitan ibu bapa dan sekalian adik-beradik.. TERIMA KASIH kerana membahagiakan saya.. Bersyukur sangat..aku sangat bersyukur pada-Mu, Ya Allah.. Peliharalah aku kedua ibu bapa, adik beradik serta sekalian keturunan kami, ya-Allah..AKU SANGAT SAYANG PADA KALIAN..

Hebatnya kasih sayang ini..
Walau apa shaja yg berlaku..
Segala kata, segala buat,
segalanya kusedari aku disayangi...
lapang rasa hati...
ALHAMDULILLAH...

Semoga aku sentiasa menyayangi dan disayangi...
Ya Rabbi, kumohon dijauhi dari dibenci dan membenci...

Wednesday, May 18, 2011

Baruku Tahu...

Bila kita sering beroleh kejayaan demi kejayaan..
Sukar sekali rasanya apabila kegagalan datang..
Memang aku pernah tau kata-kata ini


“ Kejayaan dengan usaha satu kepuasan
Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan
Kegagalan dengan usaha satu ujian
Kegagalan tanpa usaha satu ketentuan ”

Bila ujian menimpa diri..ia juga ujian menguju tahap penerimaan dan keredhaan...
Syeikh Rohimuddin ada menyebutkan dlm majlis yg sy hadiri : "Takdir adalah yg terbaik.. Kebaikan adalah rahmah, keburukan adalah hikmah"

ya...setiap yg berlaku ada hikmah..aku sendiri pnh mnyatakan ayat ini mudah tp penuh mkna dan bkn mudah untuk aplikasikan bila situasinya kena teapt pd diri sendiri...

Sunday, May 8, 2011

-UKHUWWAH-

Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwwah' untuk berbuat dosa. Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran.

Usah jua bermain dengan kata ukhuwwah andai tidak sedia untuk memeliharanya..

Jangan Berani Kata.. Jangan Kata Berani...

Bukan Mudah untuk faham apatah lagi aplikasi....

Saturday, May 7, 2011

JENDELA HATI - FIRDAUS

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapus duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum wangian kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanya kan bermula di sini

Tuesday, April 26, 2011

~~ API & AIR ~~



Gambar ini diedit di waktu senggang..
Pada ku gambar ini sgt bermakna...
pelbagai tefsiran boleh dibuat..

Saturday, April 23, 2011

TERSIRAT....




Banyak hal yg tersirat..
kdg2 rasa letih fikir hal2 yg tersirat...
ada perkara yg mmg xdpt kepastian..
usahalah mencari kepastian..stlh itu..andai tidak mampu..
biarkan lah dalam kekaburan.. mungkin betul mungkin tidak wajar tindakan ini..
apa-apa saja.. (",)

AKU DAN DIRIKU...

Kadang aku terfikir bagaimana sebenarnya aku..
Kadang-kadang begini, kadang-kadang begitu
Sungguh aku sendiri tidak mengenal diriku...

Sering kali juga aku mendengar...
Mereka mengatakan mereka begitu dan begini..
Andai aku yg ungkapkan kata-kata sedemikian.......
Membuatkan aku sendiri berfikir semula, benarkah kata-kata aku itu???

Mungkin hatiku jiwaku belum tetap seperti mereka
Masih goyah mungkin,
Tidak ada prinsipkah aku..?

Difikir-fikir aku selesa begini,
Walau sering berubah-ubah
tapi aku rasa tiada apa-apa masalah..

Lebih rela sesuaikan dengan keadaan
Berbanding kekal dengan diri
Di sana begitu, di sini begini
Padaku..memang perlu sebegitu...

...ITU...INI...BEGITU...BEGINI...

Semoga aku dan kalian bahagia....