Islamic Widget

Islamic Widget

Saturday, March 16, 2013

Hikmah Luqman Mengenai Kemusykilan Pada Godaan Hati

Luqman berkata kepada puteranya, “Puteraku, sekiranya sesuatu menimpamu sama ada kamu suka atau pun tidak, maka buanglah jauh-jauh godaan dalam hatimu kerana apa yang tidak menimpamu pada masa itu adalah lebih baik.  Mendengar kata-kata itu puteranya berkata, “Ayahku, aku tidak akan mengendahkan apa yang ayah sampaikan kepada aku sehinggalah aku memahami daripada maksud hikmah itu.”  Luqman berkata, “Sekiranya kamu inginkan penjelasan apa yang aku katakan kepadamu, marilah kita berjumpa Nabi Muhammad dan memintanya untuk menafsirkannya.”

Lalu keduanya pun pergi dengan menunggang unta.  Selepas menyiapkan segala keperluan air dan bekalan di sepanjang perjalanan mereka melintasi padang pasir yang panas dan luas.  Mereka berasa penat selepas jauh perjalanan kerana air dan bekalan mereka sudah habis.  Kemudian mereka pun turun dari unta.

Selepas berhenti seketika, mereka pun meneruskan perjalanan dengan berkaki ayam dan tidak lama selepas itu Luqman melihat suatu kepulan asap hitam di hadapannya.  Beliau yakin dalam hatinya benda yang hitam itu adalah pepohon dan kepulan asap itu berasal dari mukim yang ada di sana.  Beliau yakin tempat itu dihuni oleh manusia.  Mereka pun menerus perjalanan walaupun mereka sudah keletihan. 

Apabila keduanya berjalan tiba-tiba puteranya Luqman terpijak serawan tulang.  Tulang itu menusuk ke dalam kakinya sehingga tembus menyebabkan putera Luqman jatuh pengsan.  Luqman pun berfikir bagaimana cara untuk mengeluarkan tulang itu dari kaki puteranya.  Tiba-tiba beliau mendapat petunjuk untuk mengeluarkan tulang itu dengan menggunakan giginya.  Selepas itu, beliau pun membalut kaki puteranya dengan potongan kain daripada serbannya.  Hati Luqman merintih kerana kesakitan yang menimpa puteranya menyebabkan Luqman menangis dengan air mata yang mengalir laju sehingga air mata itu menitis di wajah puteranya.  Akibatnya, putera Luqman tersedar daripada pengsan.

Kemudian, putera Luqman mengangkat kepala dan memandang ayahnya lalu berkata, “Ayahku, aku masih memikirkan apa yang sudah ayah katakan padaku.  Sekarang, di mana kebaikan yang menimpa kita ini?  Air dan makanan sudah habis.  Kita kebuntuan di padang pasir dan ayah juga tidak tahu apa yang akan ayah lakukan.  Ayah pasti tidak sanggup pergi meninggalkanku bersendirian di tempat yang jauh ini.  Sekiranya ayah pergi, ayah pasti terasa beban di hati yang tidak pernah hilang.  Sekiranya ayah tetap di sini, maka kematian akan menjemput kita berdua.  Lalu, di manakah kebaikan yang akan kita peroleh?”

Kemudian Luqman berkata, “Puteraku, apa yang aku akatakan kepadamu adalah benar.  Apakah kamu tidak mengetahui ada bencana yang jauh lebih besar dan Allah yang melindungi kita daripadanya.  Bencana itu jauh lebih berat daripada perkara yang kita alami sekarang.”

Di saat keduanya sedang berdebat, Luqman mengarahkan pandangannya jauh ke depan dan dia tidak melihat lagi kepulan asap dan benda yang hitam tadi.  Beliau pun tertanya-tanya dalam hatinya, “Ke mana benda yang hitam dan kepulan asap yang aku lihat tadi?”

Tidak lama kemudian, datang seseorang dengan mengunggangi kuda dari arah depan dan berteriak memanggilnya lalu berkata, “Apakah kamu yang bernama Luqman?”  Luqman menjawab, “Ya.”  Kemudian orang itu bertanya, “Apakah kamu seorang yang bijak?”  Luqman menjawab, “Begitulah orang-orang menyebutku.”  Orang itu berkata lagi, “Anak ini tidak mengetahui apa yang dikatakannya.  Seandainya kamu berdua tidak mengalami kesusahan dan bencana ini, pasti pada saat ini kamu akan terkubur dalam bumi seperti apa yang menimpa orang-orang sebelum kamu.”  Pada masa itulah Luqman berkata kepada puteranya, “Puteraku, sudahkah kamu mengetahui kebenaran apa yang aku katakankepadamu apa yang menimpa seorang hamba, baik yang disukai mahupun dibenci, mengandungi kebaikan baginya.”  Keduanya bangkit dan pulang.