Islamic Widget

Islamic Widget

Thursday, December 31, 2015

2015 Bakal Berakhir

31 Disember 2015 bersamaan 19 Rabiulawal 1437 Hijrah
Selamat tinggal masa2 yang berlalu

Masa terus berlalu
kita meninggalkan masa lalu
atau masa lalu meninggalkan kita?
Masa berlalu menyebabkan kita meninggalkan masa lalu..

Jangan biar semua berlalu dengan sia-sia
Tanpa apa-apa
Semoga apa yg berlaku menjadi kita manusia berguna
Buat masa datang yang belum tentu milik kita..

2015
Setahun tak pernah aku mencoret apa-apa di ruangan ini..
atas pertanyaan demi pertanyaan..jd aku anggap sebagai permintaan daripada seorang sahabat
maka terhasillah penulisan ini..
tengok blog balik..elok sangat laa disember 2014 'post' terakhir..1 coretan untuk 2014.
jadi, ni penghujung 2015..inilah coretan pertama dan terakhir untuk tahun ini..

Buat ibu dan keluarga,
aku cintakan kalian..
walau mungkin cara tu tak nampak sangat kan..

Buat sahabat,
aku dah cuba untuk jadi yang terbaik.

buat semua,
kalau ada yg datang dan pergi
kalau rasa aku ada salah, kita boleh bincang dan selesaikan.
tp kalau xbgtau, aku xtau..minta maaf la..ada perkara terlepas pandang, kadang-kadang..

Aku manusia pendosa, tidak sempurna...

2016 yang mendatang, andai masih ada umurku..
Semoga masih ada ruang untuk aku menjadi hamba yg sebenar-benar hamba ..
 hamba yg dicipta kepada Pencipta...
bukan pada manusia, harta mahupun akal dan nafsu semata-mata..

moga lebih pandai berkomunikasi dgn baik di alam nyata...hahahaaa....

Sunday, December 14, 2014

"Saya Datang Kembali" hehe~

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.. :)

Bacalah tajuk post sy dengan intonasi "Tora datang Lagi" ..huhu.. 

Terima kasih kepada rakan saya di alam maya, seseorang agak aktif menulis blog yang secara tidak langsung menggalakkan saya menulis semula di blog ini.. 

Saya mulakan dengan kisah daripada seorang rakan di group whattaps ..

NH : Aku baca post facebook junior aku..anak murid dia msj, cexcom cikgu ..~
NS  : Puas aku baca celcom ka apa. Rupanya Assalamualaikum. Betul tak?
NH : Ya la... 
Q    : Cexcom?? ni mesti pasal banyak sangat main dgn handphone .. 
          nasib baik terima kasih.. terima  maxis ka?

~haha.. gelak la ak sendiri..sengal tp otak kawan sorg ni mmg kreatif sbb tu boleh fikir macam tu..~ 

rindu sangat pada kawan2.. walaupun aku manusia yg tak pandai nak tegur, xpndai nk ramah mesra, percaya lah aku cuma tak pandai nk mulakan bicara & bertegur sapa bukan niat di hati nk         menyombong..tapi... boleh usaha kan ? (huu.. )


Apa  pun memang penggunaan bahasa anak2 zaman sekarang makin xdpt difahami.. dari generasi ke generasi, lain-lain penggunaan bahasa kt sms, lama sosial dan lain2..perkataan lain, bahasa singkatan lain.. bahasa pertuturan lain.. tak tahu la masa depan nanti mcm mna pula..dh tua2 nanti, faham lagi ke bahasa anak2 muda zaman tu? :) tapi perlu ke fikir tentang perkara tu?penting? renung-renungkan.. :D



Saturday, August 24, 2013

Aku Seorang Guru

Mampu atau tidak mampu, aku mesti berusaha untuk melaksanakan amanah sebagai seorang guru dengan sebaik mungkin.. Kalau tidak berjaya melaksanakan pengajaran berkesan, jangan pernah mengalah.  Teruslah berusaha. berdoalah untuk anak-anak didik.  Moga mereka menjadi hamba Allah yg soleh.. Amanah ini ujian bagiku.. Penempatan pertama sebagai seorang guru : SK Pulau Sanghai, Sandakan, Sabah.
Tarikh lapor diri : 2 Julai 2013.