Islamic Widget

Islamic Widget

Thursday, July 12, 2012

Biarkan Entri ini Berunsur Emosional

SEDIH SEKALI.. SANGAT SEDIH.. Tekanan.. Kemurungan.. dan segalanya seumpamanya.. hanya kerana satu sebab iaitu keputusan peperiksaan di luar jangkaan, bkn positif tetapi sangat negatif... aku telah berusaha sehabis baik, itu yang aku rasakan tetapi, aku GAGAL.. kalau memang aku layak untuk mendapat keputusan yang baik, aku MUNGKIN aku redha, tapi pada saat ini aku sedang menyalahkan orang lain... MANUSIA.. maaf kerana kelemahan aku untuk memuaskan hati semua manusia.. aku dan kalian pasti berbeza..dalam keadaan tertentu pemikiran kita mungkin tidak sama.. tolong jangan salah sangka dengan aku dan aku tidak mahu salah sangka dengan kamu. Aku mahu selesaikan masalah ini kerana ia mengganggu hidup ini..mengganggu komitmen dan segalanya terjejas.. Biarkan aku luahkan segalanya di sini walaupun mungkin ianya menjengkelkan.. ha ha.. melakukan sesuatu yg dirasakan tidak betul itu memg tidak patut, tetapi itu yang aku lakukan. Ya Allah.. Bantu aku agar tidak silap menafsir hikmah.. Bimbing aku agar redha.. Jadikan aku insan berlapang dada.. Jauhkan aku daripada wujud rasa benci yg aku benci.. tenangkan aku, Ya Allah.. Lembutkan hati aku dan orang lain.. Permudahkan aku Ya Allah..Andai ujian ini untuk mendekatkan aku dengan-Mu, dekatkan hatiku padamu.. seandainya profesion ini bkn yg terbaik buatku, tnjukkan jalan, Ya Allah...

No comments:

Post a Comment